RAMADAN BAKAL BERAKHIR:

JANGAN BIARKAN SAUDARA MUSLIM KITA MINUM AIR KOTOR TERCEMAR


“Mak, air ni boleh minum ke?” – Anak

Ini bukan Teh O yang biasa kita order dekat restoran mamak tuan puan.

Ini adalah air yang seorang ibu di kawasan pedalaman ambil daripada sungai yang tercemar.

Mereka terpaksa gunakan air ini untuk mandi, mencuci pakaian dan kegunaan harian.

Betapa kritikalnya masalah yang mereka hadapi sehinggakan terpaksa menggunakan air yang keruh & kotor ini.


Apa Akan Jadi Jika Mereka Terus Menggunakan Air “Teh O” Ini?

Penyakit seperti cirit-birit, kolera, tifoid dan penyakit berangkai yang lain akan mulai mendekat.

Betapa peritnya penyakit ini sehingga boleh membawa maut.

Secara purata, 8.3 Juta manusia terbunuh oleh pencemaran pada setiap tahun.

Namun apakan daya, ini sahaja ikhtiar mereka untuk hidup.

Tanpa air, mereka takkan mampu meneruskan kehidupan.


Syukur Asbab Misi Ini,

1,240 Buah Telaga

Telah Dibina Pada Tahun 2022

Pada tahun lalu juga kita berjaya mencapai misi yang kita sasarkan dengan membantu 24,800 penerima manfaat di 8 buah negara:

  • Malaysia
  • Bangladesh
  • Fillipina
  • Nepal
  • India
  • Myanmar
  • Vietnam
  • Kemboja

Makin mudah anak ini mengambil wudhu’ tanpa perlu turun ke sungai

Gembira anak-anak comel ini dapat minum air yang segar & bersih

Senang Ayah ini mendapatkan air untuk keluarga tanpa perlu jalan jauh

Jimat masa nak kumpul air untuk kegunaan harian

Sungguh, mereka berasa syukur yang tidak terhingga atas telaga yang dibina sebelum ini.

Untuk tahun ini, kita ingin membantu lebih ramai lagi insan di pedalaman yang mempunyai masalah ini.

Sempena Ramadan ini, ayuh kita mudahkan urusan insan-insan yang memerlukan melalui wakaf telaga.

“Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”
(Riwayat At-Tirmidzi)


Misi kali ini, kita akan membina

300 BUAH TELAGA DENGAN SASARAN RM486,000

Pembinaan ini bertempat di 8 negara:

  • Pakej Safa (untuk negara Myanmar, Vietnam, Kemboja)
  • Pakej Marwa (untuk negara Filipina, Nepal, Bangladesh, India)
  • Pakej Raudah (Malaysia – Pendalaman Sabah & Sarawak)

Ini Antara Pakej Yang Tuan Puan Boleh Pilih

Pakej Safa – Bakal dibina di negara Myanmar, Vietnam dan kemboja

Pakej Marwa – Antara negara yang kritikal dan sangat memerlukan

Pakej Raudah – Bakal dibina di pedalaman Sabah/Sarawak.

Setiap wakaf yang tuan puan lakukan akan mendapat:

✅ Sijil Wakaf (Proses penghantaran 1-3 bulan)
✅ Cenderamata khas Serantau Muslim
✅ Update terkini gambar & video telaga
✅ Meletakkan 1 penama untuk 1 lot wakaf (Tidak lebih daripada 15 huruf)

“Insya-Allah andai kita telah tiada suatu hari nanti,

kita ada saham pahala yang sentiasa mengalir

seperti air telaga yang kita bina.”


DISCLAIMER:

  • Setiap negara ini tidak mempunyai harga yang selaras bagi kos pembinaan sebuah telaga.
  • Penetapan harga bergantung kepada kadar mata wang, serta kerumitan proses pembinaan yang mengikut kawasan yang terlibat.
  • Pemberian sijil waqaf, e-book & update berkenaan waqaf akan dihantar melalui emel/ Whatsapp.

Untuk sumbangan secara manual/transfer/CDM boleh bank in ke akaun di bawah

Bank : Maybank
Nama : Serantau Muslim
No Akaun : 5540 5362 6420
Sila letakkan reference “Waqaf Telaga” / “WT” untuk mudahkan pihak kami agihkan dana

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *