Rebut Ganjaran Pahala Sedekah Menyantuni Orang Susah

“Orang yang berusaha membantu keperluan golongan miskin adalah seperti orang berjihad di jalan Allah atau orang yang bangun malam & berpuasa siang hari”
(HR. Muslim)


Apakah Amalan Terbaik Yang Pahalanya Mengalir Berterusan?

“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalan kecuali 3 perkara; Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakan baginya” (HR. Muslim)

Ramai tak jelas apa itu sedekah jariah, betul? Sedekah jariah menurut ulama’ ditakrifkan sebagai Wakaf.

Wakaf bermaksud satu amalan menyerahkan harta yang dimiliki untuk kegunaan orang ramai demi mendekatkan diri kepada Allah SWT

Selagimana harta yang diwakafkan itu dimanfaatkan, pewakaf mendapat pahala walaupun telah meninggal dunia.


Berdasarkan Gambar Rajah Dibawah: Menunjukkan Statistik Jumlah Penduduk Maut Akibat Pencemaran Air

(Sumber: Statista)

Kenapa Anda Perlu Berwaqaf?

Lihat gambar di bawah , anda mungkin melihat ianya adalah segelas air yang kotor, keruh & mustahil untuk kita minum, betul?

Tetapi, inilah rupa keadaan air yang diminum & digunakan dalam aktiviti seharian oleh muslim minoriti di kawasan pedalaman.

Ya, air tersebut tercemar, berisiko terhadap kesihatan. Namun, mereka tiada pilihan.


KRISIS AIR: KESAN BURUK YANG DIALAMI MEREKA YANG MASIH GUNA BEKALAN AIR TERCEMAR

Keracunan Makanan & Meragut Nyawa

Disebabkan tiada air bersih, air tadahan sungai yang tercemar, penuh bakteria dan sampah digunakan untuk kegunaan harian.

Ancaman Haiwan Liar, Malapetaka & Bencana: 

Memandangkan mereka duduk di kawasan pedalaman, mereka tiada jalan yang selamat untuk mendapatkan bekalan air. Meredah hutan, bukit bukau, semak samun, itu menjadi kebiasaan demi mendapat bekalan air.


SELESAIKAN MASALAH INI SEGERA: AYUH BINA TELAGA BUAT SAUDARA MUSLIM KITA DI 7 BUAH NEGARA.

Bagi menyantuni saudara Muslim yang terpalit dengan isu ini…

Serantau Muslim bertekad untuk membantu membina 297 unit telaga air di 7 buah negara, iaitu…

+ Myanmar
+ Vietnam
+ Kemboja
+ Filipina
+ Nepal
+ Bangladesh
+ India

SASARAN 297 UNIT:

RM351,400.00

Dengan itu, setiap bahagian yang anda wakafkan besar maknanya dalam membantu kami untuk menyantuni saudara muslim kita yang memerlukan.

RECAP: JUMLAH TELAGA AIR BERJAYA DIBINA OLEH SERANTAU MUSLIM


Antara Pakej Waqaf Telaga Yang Ditawarkan:

Recommended
Pakej Marwa
RM1600
/Unit
  • Filipina
  • Nepal
  • Bangladesh
  • India
Pakej Safa
RM1400
/Unit
  • Myanmmar
  • Vietnam
  • Kemboja
Recommended
Pakej Marwa
RM200
/Lot
  • Filipina
  • Nepal
  • Bangladesh
  • India
Pakej Safa
RM200
/Lot
  • Myanmar
  • Vietnam
  • Kemboja

DISCLAIMER:

  1. Setiap negara ini tidak mempunyai harga yang selaras bagi kos pembinaan sebuah telaga.
  2. Penetapan harga bergantung kepada kadar mata wang, serta kerumitan proses pembinaan yang mengikut kawasan yang terlibat.
  3. Pemberian sijil waqaf, e-book & update berkenaan waqaf akan dihantar melalui emel/ Whatsapp.

Serantau Muslim (PPM-033-10-14072015) adalah sebuah badan bukan Kerajaan yang didaftarkan dibawah Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dengan nama Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim (Serantau Muslim). Kami membawa slogan “Persaudaraan Rentas Sempadan” membela nasib Muslim Minoriti di Serantau Asia khususnya melalui bantuan kemanusiaan, kerjasama ekonomi, pembangunan pendidikan serta pengembangan bakat kepimpinan.

Borang Wakaf Telaga Bersama Serantau Muslim

Sila klik mana-mana butang di bawah untuk membuat pilihan pakej / lokasi wakaf telaga anda.