MUSLIM MINORITI DI KAWASAN PEDALAMAN DALAM & LUAR NEGARA TIADA AKSES BEKALAN AIR BERSIH:

Ayuh bina telaga supaya mereka mempunyai air bersih untuk makan, minum, bersuci & beribadah di bulan Ramadan!

(Wakaf atas nama kita & ibu bapa tercinta hanya serendah RM 200/lot)


Daripada Saad Bin Ubaidah, beliau bertanya kepada Rasulullah: 

“Wahai Rasulullah sepanjang ibu saya telah meninggal dunia, apakah sedekah paling afdal untuknya?” Rasulullah S.A.W bersabda “Air…”

Lalu beliau telah menggali sebuah telaga dan berkata “Ini untuk ibu Saad….”

(Hadith Saad Riwayat Abu Daud)

Lihat gambar di bawah , anda mungkin melihat ianya adalah segelas air yang kotor, keruh & mustahil untuk kita minum, betul?

Tetapi, inilah rupa keadaan air yang diminum & digunakan dalam aktiviti seharian oleh muslim minoriti di kawasan pedalaman.

Ya, air tersebut tercemar, berisiko terhadap kesihatan. Namun, mereka tiada pilihan.


KRISIS AIR: 3 KESAN BURUK YANG DIALAMI MEREKA YANG MASIH MINUM & GUNA BEKALAN AIR TERCEMAR

Keracunan Makanan & Meragut Nyawa: 

Disebabkan tiada air bersih, air tadahan hujan/bukit & air sungai yang tercemar, digunakan untuk kegunaan harian. 

Kesempurnaan Ibadah:

Kebersihan itu separuh daripada iman. Sumber air yang bersih penting untuk menyempurnakan pembersihan diri & ibadah harian. Semoga Allah menerima setiap ibadah mereka. Aamiin YRA.

Ancaman Haiwan Liar, Malapetaka & Bencana: 

Memandangkan mereka duduk di kawasan pedalaman, mereka tiada jalan yang selamat untuk mendapatkan bekalan air. Meredah hutan, bukit bukau, semak samun, itu menjadi kebiasaan demi mendapat bekalan air.


SELESAIKAN MASALAH INI SEGERA: AYUH BINA TELAGA BUAT SAUDARA MUSLIM KITA DI 8 BUAH NEGARA.

Bagi menyantuni saudara Muslim yang terpalit dengan isu ini,

Serantau Muslim bertekad untuk membantu membina lebih 1,200 unit telaga air di 8 buah negara pada bulan Ramadan ini, iaitu:

+ Malaysia (pedalaman Sabah & Sarawak)
+ Filipina
+ Nepal
+ Bangladesh
+ India
+ Myanmar
+ Vietnam
+ Kemboja

Anggaran kos untuk menyediakan 1,200  unit telaga ini adalah sebanyak RM 1.85 juta.

Dengan itu, setiap bahagian yang anda wakafkan besar maknanya dalam membantu kami untuk menyantuni saudara muslim kita yang memerlukan.

SERTAI WAKAF HANYA RM 200/LOT: BOLEH PILIH WAKAF 1 LOT UNTUK 1 NAMA, ATAU 1 TELAGA ATAS NAMA KELUARGA KITA.




DISCLAIMER:

  1. Setiap negara ini tidak mempunyai harga yang selaras bagi kos pembinaan sebuah telaga.
  2. Penetapan harga bergantung kepada kadar mata wang, serta kerumitan proses pembinaan yang mengikut kawasan yang terlibat.
  3. Pemberian sijil waqaf, e-book & update berkenaan waqaf akan dihantar melalui emel/ Whatsapp.

Borang Wakaf Telaga Bersama Serantau Muslim

Sila klik mana-mana butang di bawah untuk membuat pilihan pakej / lokasi wakaf telaga anda.