Kempen ini akan berakhir dalam

  

JUMAAT HARI MULIA BERSEDEKAH
Ayuh ringankan tangan bersedekah Jumaat:

“Sedekah pada hari Jumaat lebih mulia dibanding hari-hari selainnya”
(HR Ibnu Khuzaimah) 


Pelarian Syria Tanggung Sengsara Kesejukan Setiap Tahun


Lihatlah raut wajah ceria anak-anak Syria ini menyambut kami semasa Misi Bantuan Musim Sejuk yang lepas. 

Sebenarnya…

Bukan sumbangan semata-mata yang mereka harapkan, tetapi apa yang lebih penting adalah, ada saudara seagama seperti mereka diluar sana bersama mereka.


KESEJUKAN MEMBUNUH!


Derita anak kecil dan warga emas Syria kembali lagi apabila mereka berdepan dengan cuaca sejuk yang membunuh tanpa persediaan lengkap.

Demi anak-anak kecil inilah, kami nekad untuk teruskan Misi UntukmuSyria agar mereka tahu yang…

“Kita Tidak Biarkan Mereka Keseorangan!”


SERUAN TAJA BANTUAN MUSIM SEJUK PELARIAN SYRIA


Serantau Muslim ingin mengajak anda untuk taja makanan & kehangatan buat saudara pelarian di Syria.

Antara bantuan yang diberikan adalah seperti:

📦 Bantuan Pakaian (jaket, stoking, sarung tangan, topi, etc)
📦 Bantuan Makanan (gandum, gula, minyak masak, etc)
📦 Bantuan Karpet Kanvas (karpet tebal, kanvas, etc)
📦 Bantuan Roti (disalurkan pada setiap bulan dari kilang)
📦 Bantuan Tilam Selimut (tilam empuk, selimut tebal,etc)

UMS Winter tahun ini diselitkan dengan Bantuan Roti dari Kilang Syria dan Bantuan Pendidikan dimana termasuk dengan pilihan pakej kami.

1) Bantuan Kilang Roti:
+ Perlukan kos pembelian barang pembuatan roti

Tujuan: Menyalurkan secara berterusan makanan asas kepada penduduk Syria.

2) Bantuan pendidikan:
+ Kos tampung pembiayaan tenaga pengajar (Dai) untuk mengajar pembelajaran dakwah islam

Tujuan: Melahirkan generasi baik di kalangan penduduk Syria di sana dalam memahami intipati agama.


Mengambil Berkat Hari Jumaat Yang Mulia


Ayuh kita sampaikan ‘salam’ dan beri ‘pelukan hangat’ buat anak-anak kecil disana melalui pakej bantuan di bawah:

✅ Bantuan Musim Sejuk – RM1000
✅ Bantuan Musim Sejuk – RM500
✅ Bantuan Musim Sejuk – RM100
✅ Bantuan Musim Sejuk – RM50

p/s: Pakej sudah termasuk kos bantuan pendidikan dakwah


SERANTAU MUSLIM INI BOLEH DIPERCAYAI & TELUS KE?


⚠️ Persatuan Kebajikan Serantau Muslim (SM) adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah ROS: PPM-033-10-14072015

⚠️ Ia mula ditubuhkan pada tahun 2015 dan diasaskan oleh Ustaz Mohd Hakim sehingga kini.

⚠️ Duta rasmi SM yang terlibat pula Ustazah Isfadiah, Imam Muda Hassan, Dato’ Dr Haji Mohd Fadilah Kamsah, Ustaz Syaari dan Dai’ Nur Afiqah.

⚠️ Dari awal penubuhan, SM telah menyalurkan bantuan kepada ratusan ribu rakyat Palestin melalui puluhan projek bermusim seperti UntukmuPalestin.

⚠️ Sumbangan secara manual, salurkan ke akaun rasmi Serantau Muslim, Maybank 5540 5362 6420.

Jom bantu kami share melalui platform ini: