Kempen ini akan berakhir dalam

  

Peluang Terakhir Membantu Saudara Syria Kita Yang Menggigil Kesejukan

Ayuh berikan keselesaan buat mereka dengan berinfaq sekurang-kurangnya RM50 buat kali terakhir sebelum misi ini ditamatkan.

📢 Update Terkini:

Serantau Muslim sudah menjejakkan kaki ke Lubnan pada 20 Januari 2023, bagi melaksanakan agihan bantuan musim sejuk untuk pelarian Syria.

Doakan misi kami berjalan lancar sepanjang kami turun buat agihan bantuan keperluan asas kepada ribuan keluarga Syria. Terima kasih Malaysia! 🇲🇾


Musim sejuk diramal akan berlaku lebih teruk pada tahun ini! Hampir 4.8 juta kanak-kanak dan 2.5 juta pelarian Syria terdesak memerlukan bantuan perlindungan segera. (Sumber: UNICEF)

Asbab hidup sebagai pelarian dan dihimpit dengan kesusahan, mereka tiada kemudahan asas untuk melindungi diri & keluarga dari ancaman keselamatan. 


Bagaimana Musim Sejuk Boleh Mengancam Nyawa Mereka?

Sepanjang kami menjalankan misi ‘Bantuan Musim Sejuk Syria’ ini, kami temui beberapa keluarga pelarian yang meluahkan perasaan mereka ketika berdepan cuaca sejuk:

1) Khemah Sudah Lusuh & Runtuh

“Khemah kami tidak dapat menahan ribut salji, sehingga ia roboh dan kami dibiarkan terdedah kepada kesejukan” – Merna, 29 tahun

2) Meredah Salji Tebal Untuk Mencari Nafkah:

“Saya kais pagi, makan pagi untuk menyara keluarga. Jadi saya perlu keluar bekerja setiap hari, walaupun ketika itu suhu sangat rendah sehingga paras bawah 0 ℃” – Ahmad, 30 tahun

3) Tiada Ganti Untuk Pakaian Basah:

“Saya kadang-kadang terpaksa ‘skip’ sekolah kerana satu-satunya pakaian yang saya ada basah kerana air salji” – Sameer, 9 tahun

4) Berpelukan Antara Satu Sama Lain: 

“Setiap hari kami berpelukan untuk menghangatkan badan masing-masing kerana pemanas rosak” – Samara, 10 tahun


KENAPA KITA KENA BANTU MEREKA PADA SETIAP MUSIM SEJUK? 

Bayangkan, kalau kita letak tangan kita dalam peti ais selama beberapa minit. Betapa derita, sengsara dan sakitnya tangan kita yang kesejukan itu.

Tapi pelarian Syria ini, mereka bukannya perlu berdepan sejuk untuk beberapa minit, beberapa jam, tapi berbulan lamanya.

Oleh sebab itulah mereka di Syria masih memerlukan bantuan luar untuk mereka “bertahan”, terutamanya pada musim sejuk.

Antara bantuan yang diperlukan oleh pelarian Syria menempuh sepanjang musim sejuk:

📦 Bantuan Pakaian (jaket, stoking, sarung tangan, topi, etc)

📦 Bantuan Makanan (gandum, gula, minyak masak, etc)

📦 Bantuan Karpet Kanvas (karpet tebal, kanvas, etc)

📦 Bantuan Roti (disalurkan pada setiap bulan dari kilang)

📦 Bantuan Tilam Selimut (tilam empuk, selimut tebal,etc)

UMS Winter tahun ini diselitkan dengan Bantuan Roti dari Kilang Syria dan Bantuan Pendidikan dimana termasuk dengan pilihan pakej kami.

1) Bantuan Kilang Roti:
+ Perlukan kos pembelian barang pembuatan roti

Tujuan: Menyalurkan secara berterusan makanan asas kepada penduduk Syria.

2) Bantuan pendidikan:
+ Kos tampung pembiayaan tenaga pengajar (Dai) untuk mengajar pembelajaran dakwah islam

Tujuan: Melahirkan generasi baik di kalangan penduduk Syria di sana dalam memahami intipati agama.

SASARAN DANA BANTUAN YANG DIPERLUKAN:

RM 2,000,000.00


BUKTIKAN ANDA MASIH PEDULI DENGAN NASIB SAUDARA SEISLAM

Untuk menghulurkan bantuan, anda boleh pilih pakej bantuan di bawah:

✅ Bantuan Musim Sejuk – RM1000
✅ Bantuan Musim Sejuk – RM500
✅ Bantuan Musim Sejuk – RM100
✅ Bantuan Musim Sejuk – RM50
✅ Bantuan Musim Sejuk – RM20

p/s: Pakej sumbangan di atas sudah termasuk dengan kos bantuan pendidikan dakwah.




Untuk sumbangan secara manual/transfer/CDM boleh bank in ke akaun di bawah
Bank : Maybank
Nama : Serantau Muslim
No Akaun : 5540 5362 6420
Sila letakkan reference “Winter Syria” untuk mudahkan pihak kami agihkan dana


SERANTAU MUSLIM INI BOLEH DIPERCAYAI & TELUS KE?


⚠️ Persatuan Kebajikan Serantau Muslim (SM) adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah ROS: PPM-033-10-14072015

⚠️ Ia mula ditubuhkan pada tahun 2015 dan diasaskan oleh Ustaz Mohd Hakim sehingga kini.

⚠️ Duta rasmi SM yang terlibat pula Ustazah Isfadiah, Imam Muda Hassan, Dato’ Dr Haji Mohd Fadilah Kamsah, Ustaz Syaari dan Dai’ Nur Afiqah.

⚠️ Dari awal penubuhan, SM telah menyalurkan bantuan kepada ratusan ribu rakyat Palestin melalui puluhan projek bermusim seperti UntukmuPalestin.

⚠️ Sumbangan secara manual, salurkan ke akaun rasmi Serantau Muslim, Maybank 5540 5362 6420.

Jom bantu kami share melalui platform ini: