Peluang Taja Berbuka Di Lebih 10 Buah Negara Asia Muslim Minoriti

(Ayuh Lipat Gandakan Amalan Di Bulan Ramadan Ini, Serendah RM20 Sahaja)

[give_goal id=”8482″]


“Nabi adalah manusia paling dermawan dan kemuncak sifat dermawan baginda itu ditunjukkan pada bulan Ramadhan.”

[HR Bukhari]


KEGAWATAN EKONOMI: Peningkatan harga makanan global sehingga 40% telah mengakibatkan lebih 45 juta penduduk dunia berdepan kebuluran (Bank Dunia, 2021).

Sumber: CNN

Lebih memilukan, rata-rata mereka yang sangat terkesan ini adalah dari golongan rakyat yang miskin dan daif.


TIDUR DALAM KEADAAN LAPAR: Mereka tidak mempunyai makanan yang mencukupi serta kekurangan nutrisi akibat tiada bekalan makanan yang sihat dan bersih buat mereka.

Perkara ini lebih dirasai ketika bulan Ramadan, di mana rata-rata saudara Muslim kita yang terkesan, tidak kira di dalam dan luar negara, terpaksa menyambung puasa sepanjang hari kerana tiada makanan untuk berbuka. 


SIAPA PENERIMA MANFAAT?

Tahun ini, Serantau Muslim dengan kerjasama beberapa rakan NGO sekali lagi komited untuk membantu saudara-saudara Muslim kita di beberapa buah negara:

✅ Malaysia
✅ Indonesia
✅ Kemboja
✅ Thailand
✅ Filipina
✅ Laos
✅ Vietnam
✅ Bangladesh
✅ Arakan, Myanmar
✅ Palestin
✅ Pakistan
✅ Timor Leste
✅ India
✅ Nepal
✅ Kenya
✅ Sri Lanka
✅ Sudan

Penerima manfaat yang dipilih daripada kempen ini merupakan mereka yang hidup di bawah kemiskinan serta penduduk Muslim minoriti yang ditindas.

Bentuk agihan ‘Iftar & Food Pack’ seperti berikut:

✅ Pek Makanan (disiap masak)
✅ Kotak Makanan (barangan keperluan asas)


Berapa Dana Yang Diperlukan?

Kami sasarkan dana sebanyak RM2 Juta diperlukan sebelum tamat bulan Ramadan pada tahun 2022.

Anda boleh pilih pakej di bawah mengikut kemampuan:

➡️ Infaq Berbuka Umum RM1,000
➡️ Infaq Berbuka Umum RM500
➡️ Infaq Berbuka Umum RM100
➡️ Infaq Berbuka Umum RM50
➡️ Infaq Berbuka Umum RM30
➡️ Infaq Berbuka Umum RM20

Ayuh kita rebut pahala ini sebelum ia ditutup (sebab dana dah cukup).

p/s: Jangan lepaskan walau sehari dalam bulan Ramadhan tanpa infaq & sedekah terutama memberi makan orang berbuka puasa.

Untuk sumbangan secara manual/transfer/CDM boleh bank in ke akaun di bawah

Bank : Maybank
Nama : Serantau Muslim
No Akaun : 5540 5362 6420

Sila letakkan reference “Taja Berbuka Umum” / “TBU” untuk mudahkan pihak kami agihkan dana

Penafian:

1. Serantau Muslim akan menetapkan sendiri lokasi pengagihan makanan.
2. Kempen ini akan tamat jika sudah mencapai sasaran

[give_goal id=”8482″]

Ada Masalah Untuk Buat Bayaran Menggunakan Billplz?

Anda boleh klik butang di bawah ke borang sumbangan secara manual.

Atau anda boleh juga buat sumbangan menggunakan Stripe (debit / credit card).

Kami memohon maaf atas kesukaran yang dihadapi.

Semoga sumbangan dan kesungguhan anda diberikan ganjaran berlipat kali ganda dari Allah.