RAMADAN BAKAL BERAKHIR:
MASIH SEMPAT TAJA ASNAF & ANAK YATIM BERBUKA
Kami cadangkan sempena Ramadan yang bakal berakhir, kita ambil peluang bersedekah setiap hari sepanjang 10 malam terakhir.
Bagaimana Cara Untuk Sertai?
1. Pilih jumlah yang ingin disedekahkan.
2. Masukkan butiran kad untuk didaftarkan.
Pemotongan ini akan dibuat hanya sehingga 30 Ramadan bersamaan 21 April.
Soalan Lazim
“Nak beli martabak RM6 pun tak mampu…”
Inilah realiti sisi hidup masyarakat muslim minoriti.
Bagi kita RM6 itu nilai yang kecil, cuma cukup untuk sekeping martabak.
Bagi mereka, RM6 itu boleh membeli 1 tin besar sardin yang boleh dimakan oleh mereka sekeluarga sehingga kenyang.
Tuan puan, saudara kita di luar sana ada yang sedang:
❌ Ditindas kerana menjadi masyarakat minoriti
❌ Kekurangan sumber makanan kerana kemiskinan
❌ Terpaksa mencatu makanan kerana ramai anak yatim & asnaf yang perlu dijaga
Mereka inilah yang sepatutnya kita bantu sempena Ramadan mulia.
Tidak beriman salah seorang di antara kamu hingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kasihi Insan Kesusahan Dengan Memberikan Keperluan Makanan
Sesungguhnya, orang yang betul-betul beriman adalah orang yang mencintai saudaranya sendiri.
Lebih-lebih lagi melakukan pengorbanan untuk membela nasib-nasib muslim yang serba kekurangan.
Jadi, pada Ramadan ini, kita korbankan sedikit hasil usaha kita dengan berkongsi rezeki taja juadah enak buat mereka.
Saudara Muslim Kita Di 16 Buah Negara Sedang Menunggu
Bayangkan, dengan sedikit perkongsian rezeki anda buat mereka Ramadan ini, anda akan dapat:
Gembirakan anak-anak yatim yang kelaparan
Gembirakan ibu-ibu tua yang sedang uzur
Gembirakan ayah yang membanting tulang mencari rezeki untuk keluarga
Antara negara yang kita akan pergi nanti adalah:
InsyaAllah semuanya boleh dicapai dengan izin Allah atas kesudian tuan puan untuk menghulurkan bantuan.
Sasaran Yang Ingin Dicapai:
RM 2 JUTA
Kita akan agihkan bantuan dalam bentuk:
✅ Pek Makanan (siap dimasak)
✅ Kotak Makanan (barangan asas keperluan)
ANDA BOLEH PILIH:
(1) Taja per individu (juadah yang dimasak) yang dapat mengenyangkan perut mereka UNTUK 1 HARI.
ATAU
(2) Taja seisi keluarga (kotak makanan asas) yang dapat mengenyangkan perut 3 – 5 orang SELAMA 1 BULAN.
“Andai ini Ramadan terakhirku, berilah aku peluang untuk membuat kebaikan, ya Allah”
Jangan biarkan diri kita asyik bertangguh buat amal kebaikan dan merebut pahala lipat ganda yang hanya ada pada bulan Ramadan.
Untuk sumbangan secara manual/transfer/CDM boleh bank in ke akaun di bawah
Bank : Maybank
Nama : Serantau Muslim
No Akaun : 5540 5362 6420
Sila letakkan reference “Taja Berbuka Umum” / “TBU” untuk mudahkan pihak kami agihkan dana
Penafian: