
Hidupkan 10 Hari Terakhir Ramadan Dengan Taja Berbuka Saudara Muslim Di 24 Buah Negara
(Hanya RM20, Ayuh Lipat Gandakan Amalan Sambil Buru Lailatul Qadr)

RUGI TERLEPAS BERAMAL
10 HARI TERAKHIR RAMADAN
Aisyah R.Anha, katanya:
“Rasulullah saw bersungguh-sungguh pada 10 malam terakhir tidak seperti bulan-bulan yang lain.”
(HR Muslim)
KEGAWATAN EKONOMI: Peningkatan harga makanan global sehingga 40% telah mengakibatkan lebih 45 juta penduduk dunia berdepan kebuluran (Bank Dunia, 2021).

Lebih menyedihkan, ramai dalam kalangan mereka yang terkesan ini adalah dari golongan yang miskin dan serba kekurangan.
Malah, mereka juga sering kali berlapar kerana kekurangan bekalan makana akibat daripada kesempitan hidup.
Situasi ini menjadi lebih perit di bulan Ramadan, apabila saudara Muslim kita di pelbagai pelosok dunia terpaksa meneruskan puasa sepanjang hari.
Bukan kerana pilihan, tetapi kerana tiada makanan untuk berbuka.
SIAPA PENERIMA MANFAAT?
Penerima manfaat terdiri daripada keluarga asnaf, fakir miskin, serta golongan kurang berkemampuan di negara-negara ASEAN, termasuk komuniti Muslim minoriti.
Bantuan ini juga disalurkan kepada saudara kita di Palestin, Syria, dan Yaman yang menghadapi kesukaran akibat konflik dan krisis kemanusiaan.

DI MANA LOKASI AGIHAN?
Tahun ini, Serantau Muslim dengan kerjasama beberapa rakan NGO akan mengagihkan sumbangan taja berbuka di 24 buah negara, antaranya:

Bentuk agihan ‘Iftar & Food Pack’ seperti berikut:
✅ Pek Makanan (disiap masak)
✅ Kotak Makanan (barangan keperluan asas)
Berapa Dana Yang Diperlukan?
Tim Serantau Muslim membuka seluas-luasnya peluang untuk anda bersedekah pada ruang waktu keemasan ini.
Kami mensasarkan sumbangan sebanyak RM2 Juta dapat diperolehi sebelum tamat bulan Ramadan ini.
TARIKH AKHIR TAJAAN 30 MAC 2025
AYUH BERLUMBA-LUMBA KUMPUL PAHALA AGAR DI BERI REZEKI BERTEMU LAILATUL QADR

Anda boleh pilih pakej di bawah mengikut kemampuan:
Ayuh kita rebut pahala ini sebelum ia ditutup (sebab dana dah cukup).
p/s: Jangan lepaskan walau sehari dalam bulan Ramadan tanpa infaq & sedekah terutama memberi makan orang berbuka puasa.

Untuk sumbangan secara manual/transfer/CDM boleh bank in ke akaun di bawah
Bank : Maybank
Nama : Serantau Muslim
No Akaun : 5540 5362 6420
Sila letakkan reference “Taja Berbuka” / “TBU” untuk mudahkan pihak kami agihkan dana
PENAFIAN:
1. Serantau Muslim akan menetapkan sendiri lokasi pengagihan makanan.
2. Dana lebihan akan diagihkan pada Ramadan akan datang.
RAMADAN BAKAL BERAKHIR:
MASIH SEMPAT TAJA ASNAF & ANAK YATIM BERBUKA
Masuk Syurga : Beri Makan & Minum Anak Yatim
“Barangsiapa yang memelihara anak yatim dan memberinya makan dan minum, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga, kecuali jika dia melakukan dosa yang tidak dapat diampuni.”
(Hadis Riwayat al-Tirmidzi)
Kenapa Kita Perlu Bantu Mereka?
Ramai yang tidak tahu, diluar sana masih ada saudara seIslam kita yang:
❌ Ditindas kerana menjadi golongan minoriti
❌ Kekurangan sumber makanan kerana kemiskinan
❌ Anak-anak yatim & asnaf yang tinggal dirumah kebajikan
Faktor kedaifan & kemiskinan, menyebabkan mereka sekeluarga cuma makan apa yang ada untuk mengalas perut semasa berbuka puasa.
Ramadan Ini, Rebut 2x Ganda Pahala Dengan Hadiahkan Makanan Enak Buat Mereka
“Siapa yang beri makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”
(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)
Semoga tuan puan diberikan rezeki yang sentiasa mengalir asbab membantu insan yang dalam kesusahan.
KONGSI LEBIH, DAPAT PAHALA LEBIH
Jika tuan puan ingin taja lebih, boleh tambahkan kuantiti di bawah kepada 3, 4 atau 5.
Semoga saudara Islam kita di negara muslim minoriti dapat juadah iftar berterusan.
Jangan Bertangguh!
Jika Tidak Pasti Ada Saudara Kita Disisihkan
Sabda Nabi SAW;
“Tidak (sempurna) iman orang yang kenyang perutnya sedangkan tetangga sebelahnya dalam kelaparan.”
(HR Al-Baihaqi)
SERANTAU MUSLIM INI BOLEH DIPERCAYAI & TELUS KE?
⚠️ Persatuan Kebajikan Serantau Muslim (SM) adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah ROS: PPM-033-10-14072015
⚠️ Ia mula ditubuhkan pada tahun 2015 dan diasaskan oleh Ustaz Mohd Hakim sehingga kini.
⚠️ Duta rasmi SM yang terlibat pula Ustazah Isfadiah, Imam Muda Hassan, Dato’ Dr Haji Mohd Fadilah Kamsah, Ustaz Syaari dan Dai’ Nur Afiqah.
⚠️ Dari awal penubuhan, SM telah menyalurkan bantuan kepada ratusan ribu rakyat Palestin melalui puluhan projek bermusim seperti UntukmuPalestin.
⚠️ Sumbangan secara manual, salurkan ke akaun rasmi Serantau Muslim, Maybank 5540 5362 6420.
JEMPUTAN GANDAKAN PAHALA
Ramadan pada tahun ini, Serantau Muslim ingin menjemput tetuan puan beristiqamah melakukan kebaikan dengan mengumpul pahala setiap hari sepanjang Ramadan ini.
Sistem khas yang kami gunakan ini akan membantu tuan puan untuk:
✅ Tidak terlepas peluang sedekah
✅ Istiqamah lakukan kebaikan
✅ Mudah & jimat masa
Nabi SAW bersabda:
“Amalan paling dicintai Allah SWT ialah amalan berterusan walaupun sedikit.”
(HR Muslim)
MARI BERISTIQAMAH LAKUKAN KEBAIKAN
Cara untuk daftar sistem ini:
1. Pilih pakej yang anda inginkan
2. Isi maklumat diri
3. Masukkan butiran kad kredit/debit
4. Sahkan info & selesai!
Pemotongan ini akan ditamatkan secara automatik pada hari terakhir Ramadan