RAKYAT SYRIA BERDEPAN MASALAH BEKALAN MAKANAN KRITIKAL RAMADAN INI

(Sahut Doa-Doa Pelarian Syria Sambut Ramadan Tahun Ini Dengan Taja Iftar Yang Mencukupi)


LEBIH 12 TAHUN PERANG MELETUS, TANGISAN SYRIA MASIH KEDENGARAN

Konflik di Timur Tengah banyak mengubah kehidupan pelarian Syria.

Dulu tinggal di dalam rumah, kini tinggal di dalam khemah.

Dulu selesa dengan pendapatan tetap setiap bulan, kini bergantung harap pada sumbangan.

Dulu bahagia menyambut Ramadan, kini terpaksa berdepan dengan pelbagai kesukaran dan kesusahan.

Dengan siapakah mereka ingin meminta pertolongan jika bukan kepada saudara muslim sendiri?


RAMADAN: BULAN UNTUK MEMAKNAI INSAN KESUSAHAN

Bulan Ramadan adalah bulan keinsafan.

Insaf bukan setakat kita menyedari dosa-dosa yang kita telah lakukan.

Tapi insaf kerana ada insan yang lebih susah kehidupan mereka berbanding kita.

Sebab itulah pada bulan Ramadan, kita dianjurkan untuk memberi makan orang yang berpuasa.

Sekurang-kurangnya, kita mampu meringankan bebanan insan kesusahan pada bulan Ramadan.

Sunnah Menyediakan Jamuan Berbuka Puasa:

“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa”

(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)


“Tapi kenapa perlu bantu Syria, dekat Malaysia kan ramai orang miskin”

Tak dinafikan, di Malaysia sendiri memang ramai yang lebih memerlukan. Namun, negara kita sendiri sudah banyak badan NGO yang prihatin dan bantu bela nasib-nasib mereka.

Di Syria, tidak ramai yang membantu. Keadaan di Syria juga lebih mendesak berbanding di Malaysia.

Bayangkan, sekeping roti di Syria berharga RM29.68

Sedangkan roti adalah makanan harian mereka.

Ditambah pula dengan ketiadaan pendapatan tetap. Semakin sukar untuk mereka mendapatkan bekalan asas untuk teruskan kehidupan.

Sebab itulah kebanyakan pelarian cuma bergantung kepada sumbangan luar daripada anda.


BERIKAN SINAR HARAPAN BUAT PELARIAN SYRIA

Tahun ini Serantau Muslim akan teruskan lagi program Taja Berbuka Syria untuk setiap keluarga pelarian Syria di Syria, Turki & Lebanon

Kita akan pastikan anak-anak Syria, Ibu & Ayah mendapat juadah berbuka yang sedap sepertimana kita di Malaysia.

Bagi memenuhi keperluan ini, dana yang diperlukan adalah sebanyak:

SASARAN DANA RM 2 JUTA

Dengan adanya kempen taja berbuka ini, kita dapat menyediakan:

+ Juadah yang siap dimasak
+ Kotak makanan asas untuk bekalan sepanjang bulan Ramadan


Pakej Berbuka Buat Pelarian Syria


Tuan/puan boleh memilih pakej bantuan seperti di bawah:

✅ Infaq Berbuka Syria – RM 1000
✅ Infaq Berbuka Syria – RM 500
✅ Infaq Berbuka Syria – RM 100
✅ Infaq Berbuka Syria – RM 50
✅ Infaq Berbuka Syria – RM 30
✅ Infaq Berbuka Syria – RM 20

(1) Taja seisi keluarga (kotak makanan asas) yang dapat mengenyangkan perut 3 -5 orang SELAMA 1 BULAN

(2) Taja individu (juadah yang siap dimasak) yang dapat mengenyangkan perut mereka UNTUK 1 HARI

Untuk sumbangan secara manual/transfer/CDM boleh bank in ke akaun di bawah

Bank : Maybank
Nama : Serantau Muslim
No Akaun : 5540 5362 6420
Sila letakkan reference “TBS23” untuk mudahkan pihak kami agihkan dana