POLISI MENANG HADIAH FAST ACTION DAN LUCKY DRAW QURBAN MUDAH

Terma dan Syarat untuk Pemenang Pelancaran Fast Action Qurban Mudah dan Cabutan Bertuah

A. Pemenang Pelancaran Fast Action Qurban Mudah

1. Pembayaran untuk program ini hanya boleh dilakukan melalui kaedah FPX (Financial Process Exchange) sahaja. Sebarang bentuk pembayaran lain tidak akan diterima.

2. Pemenang akan ditentukan berdasarkan pembayaran yang disahkan paling awal bermula dari jam 10.00 pagi pada hari pelancaran. Sebarang pembayaran yang disahkan sebelum waktu yang ditetapkan tidak akan diambil kira dalam pemilihan pemenang.

3. Penentuan pemenang adalah berdasarkan sistem yang direkodkan oleh platform pembayaran OnPay dan website rasmi Qurban Mudah sahaja. Sebarang pertikaian berkaitan dengan masa pembayaran yang disahkan akan dirujuk kepada rekod yang terdapat dalam platform yang ditetapkan.

4. Sekiranya terdapat sebarang perbezaan antara resit yang dijana oleh kaedah pembayaran Billplz/Stripe dan rekod yang diterima oleh sistem OnPay/website, maka rekod yang terdapat dalam sistem OnPay/website akan diguna pakai sebagai rujukan utama dalam penentuan pemenang.

5. Pemenang yang terpilih akan dihubungi oleh pihak Qurban Mudah melalui maklumat perhubungan yang diberikan semasa pendaftaran. Sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi selepas tiga (3) percubaan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja, pihak syarikat berhak untuk memilih pemenang seterusnya sebagai pengganti.

B. Cabutan Bertuah

1. Cabutan bertuah akan diadakan selepas tamat musim Qurban pada tarikh yang akan diumumkan oleh pihak Qurban Mudah.

2. Cabutan bertuah akan dijalankan dengan cara yang saksama dan telus. Kaedah cabutan akan ditentukan oleh pihak Qurban Mudah dan tertakluk kepada perubahan jika perlu.

3. Pemenang cabutan bertuah akan dihubungi terus oleh pihak Qurban Mudah melalui maklumat perhubungan yang diberikan semasa pendaftaran, sebaik sahaja cabutan selesai dan pemenang dikenal pasti.

4. Sekiranya pemenang cabutan bertuah tidak dapat dihubungi selepas tiga (3) percubaan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja, pihak Qurban Mudah berhak untuk memilih pemenang seterusnya sebagai pengganti.

5. Hadiah cabutan bertuah tidak boleh dipindah milik, ditukar atau ditebus dengan wang tunai, kredit atau barangan lain.

C. Terma dan Syarat Am

1. Pihak Qurban Mudah berhak untuk mempromosikan pemenang dan menggunakan nama, gambar, serta testimoni mereka untuk tujuan pemasaran dan pengiklanan di rangkaian media sosial syarikat dan mana-mana platform media yang berkaitan tanpa sebarang bayaran atau pampasan tambahan kepada pemenang.

2. Pihak Qurban Mudah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kos tambahan, cukai, atau perbelanjaan yang mungkin timbul berkaitan dengan penerimaan atau penggunaan hadiah oleh pemenang.

3. Pihak Qurban Mudah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan dan kerosakan terhadap barang yang diterima atau berkaitan dengan penyertaan dalam program ini.

4. Pihak Qurban Mudah tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kecederaan yang dialami oleh peserta semasa atau berkaitan dengan penyertaan dalam program ini.

5. Dengan menyertai program ini, peserta bersetuju untuk melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan pihak Qurban Mudah, sekutu, dan wakilnya daripada sebarang tuntutan, kerugian, atau gantirugi yang timbul daripada penyertaan dalam program ini.

6. Keputusan yang dibuat oleh panel juri dalam pemilihan pemenang adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan. Pihak Qurban Mudah berhak untuk membuat keputusan akhir dalam sebarang keadaan yang memerlukan pertimbangan lanjut.

Dengan menyertai program ini, peserta dianggap telah membaca, memahami, dan bersetuju untuk mematuhi segala terma dan syarat yang telah ditetapkan. Pihak penganjur berhak untuk mengubah terma dan syarat ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu.